Kereta Sewa Subang

Pernahkah anda, warga penduduk di sekitar area Subang mengalami situasi dimana kereta yang selalu anda gunakan untuk ke pejabat mahupun untuk keluar pergi bekerja mengalami kerosakan dan ianya tidak mampu dihidupkan. Sudah tentu ianya akan mendatangkan kesulitan dan juga masalah kepada si pemilik kereta untuk melakukan kerja seharian mereka. Selain itu, sekiranya kereta yang digunakan setiap hari mengalami eksiden dan kereta tersebut perlu dihantar ke bengkel, sudah tentu pemiliknya akan ‘patah kaki’ buat sementara waktu dan ianya akan memberikan kesukaran untuk bergerak ke destinasi yang hendak ditujui. Pilihan terbaik dan tepat yang mereka ada pada ketika itu adalah dengan menggunakan kereta sewa. Antara penyedia perkhidmatan kereta sewa subang pada masa ini adalah seperti DNZ Car Rental. Syarikat ini merupakan 100% syarikat Bumiputera yang berdaftar dan ianya diuruskan dan ditadbir oleh anak-anak Melayu tempatan.

kereta sewa subang

Biar Betul? Harga Kereta Sewa Subang Serendah RM60 Sehari?

Ya, betul…DNZ Car Rental menawarkan harga kereta sewa serendah RM60 sehari bagi tempoh sewaan selama 1bulan. Lagi lama tempoh anda menyewa kereta dengan kami, lagi banyak diskaun yang akan kami berikan kepada anda. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kami terhadap para pelanggan kereta sewa subang dan juga sekitar kawasan yang berdekatan. Sebagai contoh, kadar harga biasa sewaan kereta axia auto adalah RM120 sehari. Dan sekiranya anda menyewa dengan kami pada tempoh 30hari, sudah tentu anda layak mendapat diskaun sebanyak 50% bagi kereta tersebut. Dah tentu harga kereta sewa menjadi RM60 sehari bukan??? Lagi lama anda menyewa dengan kami, lebih banyak diskaun yang akan kami berikan kepada anda. Diskaun bermula dari 3hari tempoh sewaan dan keatas.

kereta sewa subang serendah rm60 sehari

Pelbagai Model Kereta Sewa Subang Pilihan Ramai

Sudah semestinya setiap pengusaha kereta sewa diluar sana, khususnya di sekitar Subang, akan menyediakan pelbagai pilihan dan jenis kereta sewa bagi memenuhi kehendak dan juga permintaan para pengguna di Subang. Antara kereta sewa yang menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:

  1. perodua viva elite 1000cc (auto)
  2. perodua axia 1000cc (auto)
  3. perodua myvi auto 1300cc (auto)
  4. perodua alza 1500cc (auto)
  5. proton saga baru 1300cc (auto)
  6. proton exora 1600cc (auto)

Selain senarai kereta sewa diatas, kereta sewa subang kami juga turut menyediakan kereta-kereta sewa lain seperti perodua kancil dan kelisa bagi mereka yang mempunyai bajet kecil. Kereta sewa MPV seperti alphard, vellfire dan starex juga turut kami sediakan bagi memenuhi permintaan diluar sana, khususnya bagi golongan profesional dan juga sektor korporat. Bagi para pelanggan yang inginkan ruang tempat duduk yang lebih ramai, DNZ Car Rental juga turut menyediakan van Toyota Hiace 12-16seat. Van sewa ini sesuai bagi mereka yang ingin ke destinasi yang lebih jauh dan dalam masa yang sama pentingkan akan keselesaan tempat duduk.

model kereta sewa subang

Dengan Kereta Sewa Subang Anda Mampu Melancong Jauh Sambil Berjiimat

Benar…dengan kereta sewa, perjalanan jauh anda akan lebih berbaloi disamping anda dapat berjimat cermat. Sepertimana yang kita ketahui, penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, bas dan teksi turut menyediakan perkhidmatan yang hampir sama seperti kereta sewa, iaitu anda dapat bergerak dari suatu tempat ke tempat yang anda ingin tujui pada kadar harga tambang yang berpatutan. Disamping itu juga, perkhidmatan antarabangsa seperti Uber dan Grabcar juga mampu memenuhi kehendak anda sebagai pengguna. Akan tetapi dengan menggunakan perkhidmatan kereta sewa subang anda boleh memandu sendiri kereta sewa anda untuk ke mana sahaja destinasi yang anda ingini tanpa perlu menunggu dengan lebih lama jika anda menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Disamping itu juga, para pelanggan kereta sewa dapat menentukan ke mana sahaja destinasi yang akan mereka lawati pada bila-bila masa.

krew kereta sewa subang melancong

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Perkhidmatan Kereta Sewa Subang Kami

  1. 100% syarikat bumiputera kelahiran anak tempatan
  2. Mempunyai sistem tempahan kereta sewa yang mudah dan senang
  3. Terdapat lebih dari 20+ jenis kenderaan pelbagai jenama dan juga spesifikasi
  4. Semua kereta sewa diselenggara dengan baik dan tepat pada waktunya
  5. Semua kereta sewa mempunyai cermin yang ber-tinted sepenuhnya
  6. Semua kereta sewa dilengkapi dengan aircond yang sejuk
  7. Semua kereta sewa subang kami mempunyai bunga tayar lebih 60%
  8. Bantuan 24jam kecemasan di seluruh semenanjung Malaysia
  9. Mempunyai perkhidmatan towing percuma untuk semua pelanggan
  10. Semua kereta sewa kami berbau wangi dan bebas dari kekotoran

perkhidmatan kereta sewa subang

Carian Kereta Sewa Subang Melalui Google Search Dan Google Maps

Sepertimana yang kita sudah ketahui, pengiklanan secara online masa sekarang amat membantu para usahawan mahupun peniaga diluar sana untuk menjana pendapatan melalui sales yang berjaya mereka perolehi. Penggunaan platform social media seperti Facebook, Instagram, Twitter, website dan sebagainya adalah semakin popular di kalangan para pengusaha kereta sewa di Malaysia. Oleh itu, DNZ Car Rental juga turut mengusahakan platform online marketing melalui FB, website, blogspot dan sebagainya. Ini amat penting kerana pada masa kini, para pelanggan kereta sewa kebanyakkan mereka ini akan mencari perkhidmatan kereta sewa dengan menggunakan handphone sahaja. Ianya amat mudah dan senang bagi mendapatkan kereta sewa di mana saja. Atas faktor inilah kereta sewa subang mendaftarkan perkhidmatan kereta sewa di Google Search dan juga Google Maps. Dengan adanya platform online marketing ini, para pelanggan kereta sewa mampu menjumpai pengiklanan kereta sewa DNZ Car Rental di carian Google Malaysia.

carian google kereta sewa subang

Tempat-Tempat Menarik Yang Krew Kereta Sewa Subang Syorkan Kepada Anda

Berikut adalah tempat-tempat menarik yang krew DNZ Car Rental syorkan kepada para pelanggan kereta sewa yang ingin melancong dan bersiar-siar di sekitar Subang Selangor.

Restoran Island BBQ Steamboat

Restoran Island BBQ Steamboat ini terletak di Kampong Melayu Subang, Selangor dan dihubungkan dengan  Lebuhraya Guthrie. Para pelanggan kereta sewa boleh menggunakan fungsi WAZE dan search sahaja. Restoran ini menyajikan menu makanan dan minuman secara Buffet. Harga yang ditawarkan bagi dewasa RM34.90, kanak-kanak RM9.90 sahaja. Pelbagai variety menu makanan dan minuman yang anda bakal perolehi. Sangat-sangat berbaloi!

tempat makan menarik oleh krew kereta sewa subang

Kolam Pancing Udang Galah Kampong Melayu Subang

Tidak jauh dengan Restoran Island BBQ Steamboat, bagi penggemar kaki pancing udang galah, bolehlah datang ke sini bagi mengalami sendiri pengalaman memancing udang galah. Kadar caj yang dikenakan adalah serendah RM18/jam. Joran dan umpan juga turut disediakan di kolam ini. Kolam ini merupakan tempat wajib lepak bagi krew kereta sewa subang bagi melepaskan penat lelah seharian bekerja.

Sate Sri Subang

Bagi penggemar menu sate, tempat ini pasti menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan menu satenya yang begitu lazat, juicy dan begitu sedap sekali. Hanya mengambil masa 20 minit sahaja dari kampong melayu subang. Pelbagai menu pilihan sate turut disediakan dengan kadar harga yang amat berpatutan. Kompom sedap!

Booking Kereta Sewa Subang Anda Sekarang !!!

Bagi memudahkan para pelanggan di luar sana untuk membuat sebarang tempahan kereta sewa kami, semua platform online marketing DNZ Car Rental dilengkapi dengan sistem pesanan ringkas via Whatsapp. Para pelanggan kereta sewa hanya perlu tekan link yang tertera di website, blogspot mahupun FB, seterusnya ia akan menghubungkan terus dengan nombor staff kereta sewa subang bagi sebarang tempahan yang ingin dibuat.

booking kereta sewa subang

Kereta Sewa Subang

013 612 6060

Whatsapp: klik sini (fast reply)